Akhirnya LALA berjaya merangkul pingat emas Sukan Sekolah Bukit Jalil. LALA berjaya dalam acara 200 meter dengan cukup bergaya. Jauh jugak la ditinggalnya yang No 2 tu...Kali ini tiada lagi kontraversi seperti tahun lepas. LALA juga berjaya membantu pasukan 4x100 untuk memenangi Perak. Kalau tak kerana pelari kedua yang agak lembab sure LALA bole memintas pelari terakhir rumah Merah. Apa pun LALA cukup berbangga dengan pencapaian dia kali ini sehingga macam eksyen skit la plak. Katanya kalau dia masuk 100 meter sure boleh menang sambil mengkritik corak pemilihan cikgu yang dianggap tidak tepat. Posting dalam blog ini pun
dibuat setelah desakan LALA. Kena la buat..
Namun tahniah buat LALA. Tahun depan katanya nak dapat anugerah Olahragawati...tinggi jugak cita-cita LALA. Tapi itu satu tanda yang positif. Teruskan usaha LALA. Semoga Berjaya....
Bangga aihhh bapak....
No comments:
Post a Comment