Friday, December 30, 2011

Selamat Hari Jadi LALA






LALA kini cukup2 8 tahun. Walaupun esok dah kira 9 tahun. Maklumlah lahir hujung tahun. Apa pun Selamat Hari Lahir buat LALA. Semoga panjang usia, menjadi anak yang solehah dan lebih berjaya lagi di tahun 2012. Tiada sambutan special buat LALA cuma kek Angry Bird, Cruise Tasek The Mines dan tengok wayang, Kubur Berasap tah apa tak tau plus MP3 player utk LALA. IBU macam biasa sibukkkkkk/kerja.

Selamat Hari Jadi 3x, Selamat Hari Jadi LALA.

BILA Orientasi SMK Bukit Jalil


Sesi orientasi BILA di Sek. Men. Kebangsaan Bukit Jalil. Selamat menempuh alam persekolah menengah pulak. Semoga BILA lebih berjaya...

Monday, November 14, 2011

B'day LELY


Selamat Hari Jadi buat LELY...Semoga LELY berjaya dunia dan akhirat. Nantikan kek special utk LELY...
Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi LELYYYY...

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Jadi IBU



3 Aiman secara sederhana menyambut Hari Jadi Ibu yang ke 39 pada 27hb Ogos. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini semoga Hari Jadi IBU akan lebih diberkati. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan akhirat.
SELAMAT HARIJADI 3x......
SELAMAT HARIJADI IBUUUUUUUU.....
SELAMAT HARIHADI.

3Aiman raya di KL tahun ni. Bapak kerja. Raya pertama baru balik kampung...

Monday, August 8, 2011

BILA dah buat Iklan Radio



Buat pertama kali BILA menggunakan suaranya yang tak berapa sedap tu untuk iklan radio bagi syarikat kurier, Nationwide Express. Digandingkan dengan Marlia Musa lagi. Tapi suara bapak dia pun ada skit dalam tu. Dengar-dengarkan la...cuma iklan ni on air kat radio IKIM sahaja.
Kira ok jugak BILA dapat RM300. Bole buat duit raya....tapi komisyen kat bapak tak leh cakap la...

Selamat Berpuasa



Pelakon Tambahan...





Sempat juga LALA jadi pelakon tambahan untuk sesi rakaman rancangan terbitan ASTRO ketika kejohanan sukan sekolah hari tu. Ingat malu tapi tengok dia plak yang lebih-lebih.