Thursday, March 31, 2011

Selamat Hari Jadi BILA


Diam tak diam, birthday BILA plak. Tapi agak suram sambutan sebab ibu sibuk gila dengan Pilihanraya Sarawak.
Tak dak potong kek. Cuma Insyaallah 2hb April akan diadakan majlis tahlil, yassin dan doa selamat untuk semua.
Apa pun happy birthday BILA.

BILA bakal menghadapi peperiksaan tahun ini. Semoga Berjaya!!

Sunday, January 9, 2011

Kreativiti LELY





Dalam diam-diam LELY bole la tahan jugak kreatif dia ni.Dapat kamera kat dia macam-macam di snap..Lihat lah antara hasil karya LELY...

1. Gambar anak patung kat rumah Ngah.
2. Selipar Ngah
3. Antara hasil terbaik LELY. (Bapak/Ibu)

Selamat Pengantin Baru KAK TINA & ABG EMIR






3 Aiman mengucapkan Selamat Pengantin baru buat Kak Tina dan Abg Emir. 3 Aiman balik kenduri di Guar Cempedak dan juga mengikuti rombongan ke Kelantan.
Tahniah, Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Selamat Hari Jadi Lala





LALA sudah 7 tahun biarpun tak berapa hari lepas tu dah masuk darjah 2. Macam biasa LALA always sambut birtday kat luar KL. Kali ni kat Kelantan, kat Tok Bali. Sempena rombongan menyambut belah lelaki perkahwinan Kak Tina dan Emir. Penat juga pi cari kek. Jumpa la kedai kek kat Pasir Putih. Tapi kek semua sepesen saja. Orang Pasir Putih suka kek macam tu kut...
Maka LALA pun potong kek dia kat Sweet Beach Resort, Tok Bali.Kali ni meriah sikit ada Mak Chaq dan sedara belah Kak Tina.Ngah dgn Pak Ngah, abg Faris&Farid dan Kak Ngah pun ada. Kira habis meriah la tu. Selalu 3 Aiman saja celebrate sama-sama depa. Tapi LALA macam tu jugak la dia. Aku apa heran!...
Buat LALA selamat Harijadi yang ke7 dari bapak, ibu, Bila dan Lely.

Selamat Hari jadi 3x....

Thursday, November 11, 2010

Happy Birthday LELY






LELY dah pun 4 tahun. . Macam biasa 3 Aiman sambut birthday LELY secara sederhana kat rumah saja....Selamat Hari jadi yang ke empat buat LELY

Monday, April 5, 2010

Happy Birthday BILA






BILA kini dah pun 11 tahun...Macam biasa 3 Aiman sajalah yang sambut birthday BILA.
Selamat Harijadi yang ke 11 buat BILA.....

Majlis Pertunangan Kak Tina


Tahniah buat Kak Tina kerana telah selamat ditunangkan. Majlis dilangsungkan di rumah Tok Mah, Guar Cempedak. 3 Aiman juga balik untuk menunjukkan tanda sokongan buat Kak Tina.

Tahniah Kak Tina dan Abg Emir...