Tuesday, April 28, 2009

Kejutan BILA




Tanpa disangka-sangka BILA telah terpilih bagi menyertai acara sukan sekolah dia, SK Bukit Jalil. BILA terpilih menyertai acara 4x100 meter. Walaupun pada mulanya dijangka menyertai acara 100 meter, tapi digugurkan disaat-saat akhir. Tidak diketahui pulak sebab musababnya. Dalam 4 orang tu BILA la yang paling sihat. Tapi yang paling slow pun. Cuma tah macam mana dapat no 2. Punya la happy BILA. Macam dapat no 1 plak. LALA dan LELY pun tumpangla gembira. Kira tahun ni ada la peningkatan skit. Tahun lepas stakat menari pom-pom je. Tak bebaloi mak bapak tunggu tengah panas. Tapi Bapak bangga gila la kat BILA. Tahniah, tahniah, tahniah....

Wednesday, April 8, 2009

Happy b'day BILA....








BILA dah 10 tahun...31/3 ari tu BILA sambut birthday dia. Macam biasa la 3 aiman yang celebrate. Kali ni ibu BILA pun tak dak sibuk pilihanraya bkt gantang. Tapi depa ni apa kira. Janji ada kek, yang tak birthday tu yang lebih2. Tingaila BILA, LALA dan LELY je...apa pun Happy Birthday buat BILA.....

Selamat hari jadi x3
Selamat hari jadi BILAAAAAAAAAAAAA.......
Selamat Hari Jadiiiiii...

Wednesday, January 7, 2009

Keluarga baru 3 aiman














3 aiman dapat geng baru. Pak Cik Am dapat anak lelaki, 24hb Dis 2008......Amirul Izhan namanya. Si Bila pun pasang la ngan-angan, tahun depan dia dpat adik lelaki plak. Sudah, 3 aiman ni pun dah lebih cam lelaki..
Apa pun tahniah buat cik am/makcik reen. Jadilah ibu dan bapa yang baik...

p/s gambaq ramai2 tu gelap skit, ambik curi2 dalm wad.

Tok Mah Selamat Kembali dr Mekah


Syukur, Tok Mah selamat kembali ke tanahair selepas mengerjakan fardhu haji. Tok mah pun nampak sihat&happy. Cam biasala, Tok Mah penuh emotional. Turut menyambut kepulangan Tok Mah, Cik Am, Amir ngan Ajun.
Tapi Tok Mah dok cam tu jugak la....

Tiada lagi Pak Chaq....



Percutian 3 aiman ari tu rupanya tak happy ending....30hb tu jugak Pak Chaq kembali Kerahmatullah. Siapa sangka....biarpun Pak Chaq sememangnya tak brapa sihat tapi tak sangka plak dia pergi begitu cepat....Maka tak dak la orang nak call 3 aiman ari-ari, tak leh la makan belanja Pak Chaq lagi...yang paling terasa tak dak la orang nak bergaduh dgan 3 aiman....Apa nak buat tu dah ketentuan Allah..buat 'Mak' banyak la bersabaq, 3 aiman akan sentiasa mengembirakan 'mak'...buat kak tina bantula 'mak' dengan menjadi anak yang baik......
Al-Fatihah buat Arwah Pak Chaq...
Al-Fatihah....

Happy B'day Lala....



Tahun ni sakan, Lala sambut birthday kat Pangkor Island Resort. Kek pun hebat (bole tahan juga la mahai). Punyala jelous si Bila....Apa pun Selamat Hari Jadi yang ke enam...walaupun tak cukup 6 tahun lagi Hujung tahun baru 6 thn. Happy, happy....happy...

3 aiman bercuti sakan





Setelah punyanya letih dok tanya bila nak cuti, akhirnya 3 aiman dapat juga pi bercuti. Start 25hb sampai 30hb. Mula pi Cameron Highlands. Dok kat sana dua malam, past tu pi Pangkor. Pun dok dua malam juga. Happyla 3 aiman.......