Tuesday, December 30, 2014

LALA 11 Tahun

Selamat Hari jadi LALA, yang ke 11. Tahun 2015 LALA akan hadapi UPSR. Semoga LALA rajin belajar dan mencapai kejayaan.
Sambutan hari jadi LALA simple saja. Tapi kek sedap dan LALA dapat hadiah yang diidamkan.
Selamat Hari Jadi LALA semoga jadi anak yang baik. berjya dunia dan akhirat...










Monday, November 10, 2014

LELY 8 Tahun

Selamat Hari Jadi LELY yang ke 8 tahun. Sambutan simple saja..BILA masak special buat LELY. Kek un kecik sahaja..Apa pun LELY happy buat goodies beg untuk kawan sekolah kebangsaan dan sek agama..

Selamat Hari jadi LELY, semoga jadi anak yang solehah. Berjaya dunia dan akhirat...








Wednesday, August 27, 2014

Kek Harijadi IBU dari BILA, LALA, LELY

Selamat hari jadi IBU. BILA, LALA dan LELY buat Kek untuk IBU. Sedap jugak la.
Selamat Hari Jadi IBU semoga dipanjang usia, murah rezeki dan diberkati Allah S.W.T




Saturday, June 21, 2014

EMAS dari LALA

Akhirnya LALA berjaya merangkul pingat emas Sukan Sekolah Bukit Jalil. LALA berjaya dalam acara 200 meter dengan cukup bergaya. Jauh jugak la ditinggalnya yang No 2 tu...Kali ini tiada lagi kontraversi seperti tahun lepas. LALA juga berjaya membantu pasukan 4x100 untuk memenangi Perak. Kalau tak kerana pelari kedua yang agak lembab sure LALA bole memintas pelari terakhir rumah Merah. Apa pun LALA cukup berbangga dengan pencapaian dia kali ini sehingga macam eksyen skit la plak. Katanya kalau dia masuk 100 meter sure boleh menang sambil mengkritik corak pemilihan cikgu yang dianggap tidak tepat. Posting dalam blog ini pun





dibuat setelah desakan LALA. Kena la buat..
Namun tahniah buat LALA. Tahun depan katanya nak dapat anugerah Olahragawati...tinggi jugak cita-cita LALA. Tapi itu satu tanda yang positif. Teruskan usaha LALA. Semoga Berjaya....
Bangga aihhh bapak....