Wednesday, August 27, 2014

Kek Harijadi IBU dari BILA, LALA, LELY

Selamat hari jadi IBU. BILA, LALA dan LELY buat Kek untuk IBU. Sedap jugak la.
Selamat Hari Jadi IBU semoga dipanjang usia, murah rezeki dan diberkati Allah S.W.T




Saturday, June 21, 2014

EMAS dari LALA

Akhirnya LALA berjaya merangkul pingat emas Sukan Sekolah Bukit Jalil. LALA berjaya dalam acara 200 meter dengan cukup bergaya. Jauh jugak la ditinggalnya yang No 2 tu...Kali ini tiada lagi kontraversi seperti tahun lepas. LALA juga berjaya membantu pasukan 4x100 untuk memenangi Perak. Kalau tak kerana pelari kedua yang agak lembab sure LALA bole memintas pelari terakhir rumah Merah. Apa pun LALA cukup berbangga dengan pencapaian dia kali ini sehingga macam eksyen skit la plak. Katanya kalau dia masuk 100 meter sure boleh menang sambil mengkritik corak pemilihan cikgu yang dianggap tidak tepat. Posting dalam blog ini pun





dibuat setelah desakan LALA. Kena la buat..
Namun tahniah buat LALA. Tahun depan katanya nak dapat anugerah Olahragawati...tinggi jugak cita-cita LALA. Tapi itu satu tanda yang positif. Teruskan usaha LALA. Semoga Berjaya....
Bangga aihhh bapak....

Monday, December 30, 2013

Hari Paling Bahagia - LALA

Memang pun, hari paling bahagia buat LALA. Dapat apa yang LALA nak. Jadi selamat hari jadi buat LALA semoga menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat.
Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi Selamat Hari Jadi LALA....




Sunday, November 10, 2013

SELAMAT HARI JADI LELY

Selamat Hari Lahir buat LELY. Dah 7 tahun. Semoga LELY berjaya dunia dan akhirat. Menjadi anak yang solehah.
Sambutan Hari Jadi Lahir LELY kali ini lebih ceria sebab ada Pak Tam dan Mak Tam, Mak Chaq dan Kak Tina serta Kak Yana&Afdhal. Terima kasih untuk semua. LELY dapat dua kek lagi. Tahun depan tak payah beli kek dah...




Wednesday, October 16, 2013

1 Perak 1 Gangsa - LALA

Tahniah buat LALA kerana akhirnya berjaya juga merangkul 1 Perak dan 1 Gangsa Sukan Sekolah SKBJ 2013. LALA kedua dalam acara 100 meter dan ketiga 200 meter. Walaupun nasib lebih menyebelahi LALA dalam acara 200 meter namun usaha LALA untuk bersaing hingga ke garisan penamat cukup membanggakan.

Tahniah LALA tahun depan make sure satu EMAS.





Wednesday, January 2, 2013

Alam Persekolahan LELY

Selamat memasuki alam persekolahan buat LELY. Bermula pagi LELY ke sekolah Agama (KAFA Firzana). Petang LELY ke sekolah kebangsaan (SK Bukit Jalil). Alhamdulillah LELY tidak buat hal. Seronok saja bila dapat ke sekolah.




Selamat belajar buat LELY...

Sunday, December 30, 2012

Selamat Hari Jadi LALA

Secara tak dirancang sambutan Hari Jadi LALA disertai Pak Tam&Mak Tam, Ngah&Pak Ngah, Jang&Pak Jang, Mak Chaq, Kak Tina&Emir. LALA kini berusia 9 tahun. Semoga LALA akan terus menjadi anak yang baik, berjaya dunia dan akhirat. Juga selamat memasuki Tahun 4...
Selamat Hari Jadi 3x


Selamat Hari Jadi LALA...