Monday, August 8, 2011

Gandingan BILA dan LALA



Buat pertama kali BILA dan LALA tampil di arena olahraga (peringkat sekolah je...) tahun 2011. BILA turun dalam dua acara, 200 meter dan 4x100 meter manakala LALA menyertai acara yang tidak pernah dipertandingkan di peringkat Olimpik iaitu acara 80 meter. Mungkin faktor umur membataskan LALA menyertai acara 100 meter.
Bagi memastikan kejayaan dicapai, stratergi perlu dirancang sebaik mungkin. Cuma yang muskhil yang bagi nasihat pun bukan kuat mana pun lari. Harap badan saja besaq...Kita saksikan kesudahannya....

Yang aksi pemanas badan tu harap jangan sapa-sapa dok tiru. Hanya LALA sahaja yang layak melakukkannya...lain daripada yang lain.


Sunday, July 3, 2011

Pelik tapi Benar!



Itulah hakikat yang berlaku kepada LALA. Tengok bola sampai juling bijik mata. Sukar dipercayai tapi itulah yang berlaku. Kejadian berlaku berlaku ketika LALA, BILA dan LELY menyaksikan perlawanan bolasepak diantara pasukan Malaysia menentang Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Buktinya saksikanlah sendiri.....
Mungkin buat pertama kali ke stadium menyaksikan perlawanan bolasepak yang dihadiri puluhan ribu penonton menyebabkan LALA begitu Excited hingga juling bijik mata. Syukur fenomena juling bijik mata tu hanya seketika. Setelah selesai perlawanan 3Aiman balik kerumah dengan selamat.
Apapun tahniah buat pasukan Malaysia yang menang perlawanan malam tu.

Thursday, March 31, 2011

Selamat Hari Jadi BILA


Diam tak diam, birthday BILA plak. Tapi agak suram sambutan sebab ibu sibuk gila dengan Pilihanraya Sarawak.
Tak dak potong kek. Cuma Insyaallah 2hb April akan diadakan majlis tahlil, yassin dan doa selamat untuk semua.
Apa pun happy birthday BILA.

BILA bakal menghadapi peperiksaan tahun ini. Semoga Berjaya!!

Sunday, January 9, 2011

Kreativiti LELY





Dalam diam-diam LELY bole la tahan jugak kreatif dia ni.Dapat kamera kat dia macam-macam di snap..Lihat lah antara hasil karya LELY...

1. Gambar anak patung kat rumah Ngah.
2. Selipar Ngah
3. Antara hasil terbaik LELY. (Bapak/Ibu)

Selamat Pengantin Baru KAK TINA & ABG EMIR






3 Aiman mengucapkan Selamat Pengantin baru buat Kak Tina dan Abg Emir. 3 Aiman balik kenduri di Guar Cempedak dan juga mengikuti rombongan ke Kelantan.
Tahniah, Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Selamat Hari Jadi Lala





LALA sudah 7 tahun biarpun tak berapa hari lepas tu dah masuk darjah 2. Macam biasa LALA always sambut birtday kat luar KL. Kali ni kat Kelantan, kat Tok Bali. Sempena rombongan menyambut belah lelaki perkahwinan Kak Tina dan Emir. Penat juga pi cari kek. Jumpa la kedai kek kat Pasir Putih. Tapi kek semua sepesen saja. Orang Pasir Putih suka kek macam tu kut...
Maka LALA pun potong kek dia kat Sweet Beach Resort, Tok Bali.Kali ni meriah sikit ada Mak Chaq dan sedara belah Kak Tina.Ngah dgn Pak Ngah, abg Faris&Farid dan Kak Ngah pun ada. Kira habis meriah la tu. Selalu 3 Aiman saja celebrate sama-sama depa. Tapi LALA macam tu jugak la dia. Aku apa heran!...
Buat LALA selamat Harijadi yang ke7 dari bapak, ibu, Bila dan Lely.

Selamat Hari jadi 3x....

Thursday, November 11, 2010

Happy Birthday LELY






LELY dah pun 4 tahun. . Macam biasa 3 Aiman sambut birthday LELY secara sederhana kat rumah saja....Selamat Hari jadi yang ke empat buat LELY