Tuesday, January 5, 2010

LELY pun masuk Tadika



Bukan saja LALA dah ke sekolah LELY juga dah mula ke Tadika...Time nak pi tu memang semangat...cuma nak bangun tido je yg liat sikit. Pastu tu tak leh pi tengok kat Tadika, sure nak ikut balik. Nangis... LELY sekolah kat ANGGUR UNGU...Tapi nampak LELY happy dengan kawan2 baru dia...

p/s baju tak dak saiz dah macam jubah..seluar kena lipat atas bawah...

LALA darjah Satu....






LALA secara rasminya memasuki alam persekolahan. LALA darjah SATU. Bermula hari orientasi pada 31/12, LALA cukup bersemangat nak ke sekolah. LALA juga kena daftar KAFA. Jadi pagi LALA ke Kelas KAFA petang ke sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Tak la sama dengan kakak dia, BILA yang sekolah sesi pagi. LALA kena la siap sendiri kat taska dia...kesian! LALA juga kena naik bas sendiri...

Yang bestnya bila tanya dia apa pun tak tau..nama cikgu apa?, Tak tau...kelas mana? tak tau...kawan nama apa? Tak tau....apa yang dia tau...tak tau la...Tak pa la, awai lagi...

Selamat Bersekolah LALA.....

Happy B'day LALA





Lepas Amirul, LALA pulak sambut birthday, yang KE ENAM tahun...macam biasa 3 Aiman la yang celebrate. Tapi kali ni agak meriah sebab Cik Am dgn Macik Reen 3 Aiman pun joint sama. Cuma lepas ni LALA akan memasuki alam persekolahan, darjah satu biarpun tak cukup lagi tujuh tahun. Tapi LALA peduli apa...

Lepas ni kita tengok LALA ke sekolah pulak.

Selamat Hari Jadi yang ke enam buat LALA semoga LALA menjadi anak yang baik..
kita makan KFC....

Amirul 1 Tahun...





Buah hati 3 aiman, Hamirul (ikut sebutan Lely) kini dah setahun. 3 Aiman meraikan birthday Amirul kat umah Cik Am. Rumah baru Cik Am. 3 Aiman beli hadiah sorang satu kat Amirul. Kek pulak cari punya cari daptkan la kek sempena Krismas. Maklumlah birthday Amirul time krismas...

Apa pun Selamat hari jadi buat Amirul dari Aiman&keluarga...

Tuesday, December 15, 2009

Tahniah Buat LALA






Lala telah dipilih penerima Anugerah Pelajar Cemerlang 2009 bagi taska Anggur Ungu. Tahniah la buat LALA. Pada Malam anugerah tu juga LALA dan BILA turut serta dalam persembahan. Tengok la sendiri...LELY saja buat keras dia...tak mau joint.

Tuesday, November 17, 2009

Happy B'day LELY














LELY dah masuk 3 tahun....macam biasa 3 Aiman menyambutnya dengan penuh meriah. Cara depala...LELY mula tu excited tapi time suruh posing depan kek dah keras plak...Apapun Happy Birthday Buat LELY....
Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi Lely....Selamat Hari Jadi......

next LALA plak...

3 Aiman Beraya




Raya kali ni sederhana saja...3 Aiman macam biasa balik rumah Tok Mah dulu kemudian baru beraya di Sungai Petani dan Alor Setar.
Buat semua yang mengenali 3 Aiman Selamat Hari Raya Aidilfitri, MaaF Zahir Batin.