Wednesday, January 7, 2009

Keluarga baru 3 aiman














3 aiman dapat geng baru. Pak Cik Am dapat anak lelaki, 24hb Dis 2008......Amirul Izhan namanya. Si Bila pun pasang la ngan-angan, tahun depan dia dpat adik lelaki plak. Sudah, 3 aiman ni pun dah lebih cam lelaki..
Apa pun tahniah buat cik am/makcik reen. Jadilah ibu dan bapa yang baik...

p/s gambaq ramai2 tu gelap skit, ambik curi2 dalm wad.

Tok Mah Selamat Kembali dr Mekah


Syukur, Tok Mah selamat kembali ke tanahair selepas mengerjakan fardhu haji. Tok mah pun nampak sihat&happy. Cam biasala, Tok Mah penuh emotional. Turut menyambut kepulangan Tok Mah, Cik Am, Amir ngan Ajun.
Tapi Tok Mah dok cam tu jugak la....

Tiada lagi Pak Chaq....



Percutian 3 aiman ari tu rupanya tak happy ending....30hb tu jugak Pak Chaq kembali Kerahmatullah. Siapa sangka....biarpun Pak Chaq sememangnya tak brapa sihat tapi tak sangka plak dia pergi begitu cepat....Maka tak dak la orang nak call 3 aiman ari-ari, tak leh la makan belanja Pak Chaq lagi...yang paling terasa tak dak la orang nak bergaduh dgan 3 aiman....Apa nak buat tu dah ketentuan Allah..buat 'Mak' banyak la bersabaq, 3 aiman akan sentiasa mengembirakan 'mak'...buat kak tina bantula 'mak' dengan menjadi anak yang baik......
Al-Fatihah buat Arwah Pak Chaq...
Al-Fatihah....

Happy B'day Lala....



Tahun ni sakan, Lala sambut birthday kat Pangkor Island Resort. Kek pun hebat (bole tahan juga la mahai). Punyala jelous si Bila....Apa pun Selamat Hari Jadi yang ke enam...walaupun tak cukup 6 tahun lagi Hujung tahun baru 6 thn. Happy, happy....happy...

3 aiman bercuti sakan





Setelah punyanya letih dok tanya bila nak cuti, akhirnya 3 aiman dapat juga pi bercuti. Start 25hb sampai 30hb. Mula pi Cameron Highlands. Dok kat sana dua malam, past tu pi Pangkor. Pun dok dua malam juga. Happyla 3 aiman.......

Thursday, November 27, 2008

Tok Mah ke Mekah Al Mukarramah






Alhamdulillah.....setelah pelbagai rintangan dan cubaan akhirnya Tok Mah selamat berangkat menunaikan ibadah Haji pada 24 Nov lalu. Penerbangan ke Mekah jam 1 pagi, 25 Nov. Meriah jugak la, semua mai....yang paling happy sure 3 aiman. Dapat jumpa sedara mara. Nak cuti tak leh lagi...Orang sibuk nak pi haji depa sempat lagi pi mandi kat Desa Water Park. Tak pa la sekali sekala...ramai2.
Sempat juga la buat kenduri doa selamat dan tahlil buat arwah Din kat umah 3 aiman..
Buat Tok Mah doa dari semua anak2 semoga selamat menjalani ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur. Insyaallah....
Tok Mah balik 5 Disember ni......

Thursday, November 20, 2008

Happy B'day Lely.....














Lely dah 2 tahun......biarpun sambut simple2 je...
yang pasti 2 kakak dia yang lebih2.
B'day Lely sambut kat umah Pak Chaq...
Happy Birthday buat Lely...

yeee.........