Sunday, December 30, 2012

Selamat Hari Jadi LALA

Secara tak dirancang sambutan Hari Jadi LALA disertai Pak Tam&Mak Tam, Ngah&Pak Ngah, Jang&Pak Jang, Mak Chaq, Kak Tina&Emir. LALA kini berusia 9 tahun. Semoga LALA akan terus menjadi anak yang baik, berjaya dunia dan akhirat. Juga selamat memasuki Tahun 4...
Selamat Hari Jadi 3x


Selamat Hari Jadi LALA...

Sunday, November 25, 2012

Tahniah buat LELY



Akhirnya LELY berjaya menamatkan tahun 6 dengan perkembangan yang menberansangkan. Dah boleh buat performance atas pentas walaupun tak memenangi apa2 anugerah dalam pelajaran. Tahniah buat LELY, selamat menempuh tahun baru untuk melangkah ke sekolah kebangsaan pula....
Terima kasih buat Cik Am dan Mak Cik kerana sudi temankan LELY ke Konvo...

p/s bapak outstation

Saturday, November 10, 2012

Selamat Hari Lahir LELY.....

Usia LELY kini sudah 6 tahun. Selamat Hari Jadi buat LELY semoga LELY jadi anak yang baik. Sambutan hari jadi LELY secara sederhana sahaja....tapi LELY tetap happy dapat hadiah dan kek....


Selamat panjang umur buat LELY next year darjah 1.

Thursday, November 8, 2012

Tahniah LALA...



Tanpa disangka-sangka LALA telah membuat kejutan apabila dipilih menerima Anugerah Cemerlang subjek bagi Hari Anugerah Cemerlang 2012 SK Bukit Jalil. Bukan kata BAPAK/IBU yang terkejut LALA sendiri pun terkejut jugak. Walaupun sekadar subjek Muzik tapi kira OK jugak la memandangkan tak pernah tengok LALA bermain alat muzik kat rumah. Apa pun tahniah buat LALA. Teruskan usaha. Bangga BAPAK....

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Jadi IBU

3 Aiman sambut Hari Jadi IBU secara sederhana. Apa pun semoga IBU dipanjang usia, dimurahkan rezeki. AMIN.

Selamat hari jadi 3x

Selamat Hari Jadi IBUUUUUU...

Wednesday, August 22, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

3Aiman mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin kepada semua.




Sunday, July 15, 2012

KEMENANGAN LALA DINAFIKAN




Kemenagan LALA dalam acara 80 meter pada kejohanan Olahraga SKBJ 2012 dinafikan oleh tindakan pengadil cap ayam....yang belakang LALA bole dapat No 2, LALA dapat No 4. Yang depan LALA tak tau la nak bagi No berapa. Satu lagi tindakan yang boleh menjatuhkan semangat kesukanan anak-anak kita. Apa pun tahniah buat LALA yang telah berusaha bersungguh2 biarpun terdahulu terpaksa membuat persembahan pembukaan yang cukup memukau. Tanpa tempoh masa persiapan yang cukup LALA berjaya juga mempamerkan larian yang cukup bertenaga. Tapi dinafikan oleh pengadil cap ayam....Tak pa tahun depan LALA cuba lagi. Kalau ada lagi pengadil cap ayam tu kita sembelih buat gulai....Hidup LALA, I'm really proud of you!

Sunday, July 8, 2012

Emas pertama LELY



LELY akhirnya berjaya mengondol emas pertama sepanjang penyertaan dalam pertandingan peringkat Taska apabila memenangi tempat pertama acara lari dengan IBU. Nasib baik lari dengan IBU kalau sorang2, mau keras kat situ saja. Apa pun tahniah buat LELY yang juga turut menyerlah dalam acara tarian WA KAKA. Gambar tak dapat upload, Kakak LELY ambik gambar dari belakang. Apa pun tak nampak. Perkembangan baik buat LELY semenjak di SmartReader.

Saturday, March 31, 2012

Selamat Hari Jadi BILA




BILA dah 13 tahun...jerawat pun dah makin banyak...Selamat hari lahir buat BILA....simple celebrate saja....
Selamat hari jadi x3
Selamat hari jadi BILA, selamat hari jadi......


Dari bapak, ibu, LALA/LELY

Tuesday, January 3, 2012

LALA at KAFA


LALA di KAFA Firzana tahun 3.

LELY di Taska baru




LELY memulakan persekolahan tahun 2012 di Smart Reader, Puncak Jalil. Macam biasa LELY cukup happy dapat ke tadika baru, dapat baju baru, kasut baru, beg baru dan kawan baru. LELY cukup membanggakan bapak kerana tak meraung macam sesetengah kawan-kawan LELY.
Selamat Belajar di taska baru buat LELY....