Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Jadi IBU



3 Aiman secara sederhana menyambut Hari Jadi Ibu yang ke 39 pada 27hb Ogos. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini semoga Hari Jadi IBU akan lebih diberkati. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan akhirat.
SELAMAT HARIJADI 3x......
SELAMAT HARIJADI IBUUUUUUUU.....
SELAMAT HARIHADI.

3Aiman raya di KL tahun ni. Bapak kerja. Raya pertama baru balik kampung...

Monday, August 8, 2011

BILA dah buat Iklan Radio



Buat pertama kali BILA menggunakan suaranya yang tak berapa sedap tu untuk iklan radio bagi syarikat kurier, Nationwide Express. Digandingkan dengan Marlia Musa lagi. Tapi suara bapak dia pun ada skit dalam tu. Dengar-dengarkan la...cuma iklan ni on air kat radio IKIM sahaja.
Kira ok jugak BILA dapat RM300. Bole buat duit raya....tapi komisyen kat bapak tak leh cakap la...

Selamat Berpuasa



Pelakon Tambahan...





Sempat juga LALA jadi pelakon tambahan untuk sesi rakaman rancangan terbitan ASTRO ketika kejohanan sukan sekolah hari tu. Ingat malu tapi tengok dia plak yang lebih-lebih.

Detik-detik Kemenangan BILA dan LALA






BILA juga membawa pulang satu emas dalam acara 4x100 meter. Selaku pelari kedua prestasi BILA bolehlah dibanggakan. Tapi nasib baik pelari yang tiga orang lagi tu tak la sesihat BILA jadi lari pun laju.
Apa pun tahniah dari BAPAK/IBU/LELY atas kejayaan BILA dan LALA. Keep it up...


BILA menang jua akhirnya tapi...





BILA akhirnya berjaya memenangi pingat acara individu apabila memenangi gangsa acara 200 meter. Tapi azabnya tak yah nak cakapla...Tengokla sendiri aksi detik-detik menuju garisan penamat. Nasib baik la 200 meter, kalu 400 meter mau pengsan kat situ...

LALA : Menang atau Kalah?






Biarpun bersaing buat pertama kali (patut tahun lepas (2010) lari jugak. Nama cikgu pilih tapi tak pi, dia pun tak ketahuan). LALA mempamerkan aksi mantap untuk bersaing hebat hingga ke garisan penamat. Namun sedikit kontroversi tercetus apabila rakaman foto finish menunjukkan LALA dah masuk lorong orang lain. Patutla budak tu tak boleh potong dia. Apa pun LALA peduli apa janji aku MENANG. Dapat la pingat PERAK.
Tahniah la buat LALA...

Gandingan BILA dan LALA



Buat pertama kali BILA dan LALA tampil di arena olahraga (peringkat sekolah je...) tahun 2011. BILA turun dalam dua acara, 200 meter dan 4x100 meter manakala LALA menyertai acara yang tidak pernah dipertandingkan di peringkat Olimpik iaitu acara 80 meter. Mungkin faktor umur membataskan LALA menyertai acara 100 meter.
Bagi memastikan kejayaan dicapai, stratergi perlu dirancang sebaik mungkin. Cuma yang muskhil yang bagi nasihat pun bukan kuat mana pun lari. Harap badan saja besaq...Kita saksikan kesudahannya....

Yang aksi pemanas badan tu harap jangan sapa-sapa dok tiru. Hanya LALA sahaja yang layak melakukkannya...lain daripada yang lain.