Thursday, November 11, 2010

Happy Birthday LELY






LELY dah pun 4 tahun. . Macam biasa 3 Aiman sambut birthday LELY secara sederhana kat rumah saja....Selamat Hari jadi yang ke empat buat LELY

Monday, April 5, 2010

Happy Birthday BILA






BILA kini dah pun 11 tahun...Macam biasa 3 Aiman sajalah yang sambut birthday BILA.
Selamat Harijadi yang ke 11 buat BILA.....

Majlis Pertunangan Kak Tina


Tahniah buat Kak Tina kerana telah selamat ditunangkan. Majlis dilangsungkan di rumah Tok Mah, Guar Cempedak. 3 Aiman juga balik untuk menunjukkan tanda sokongan buat Kak Tina.

Tahniah Kak Tina dan Abg Emir...

Tuesday, January 26, 2010

Yg Pelik Tapi Tak Pelik Bagi LALA




Antara perkara-perkara pelik yag telah dibuat oleh LALA sepanjang tak sampai sebulan ke sekolah...
Ditempat pertama (1) Pi sekolah pakai kasut kiri-kiri (sebelah yg dia punya sebelah kawan dia punya)
Ditempat kedua (2) Beli pensil dan keychain tapi dompet duit dia tak bawak.
Ditempat ketiga (3) Beli Aiskrim tapi tak tau brapa harga aiskrim tu.
Ditempat keempat (4) Duit dia berteraboq atas lantai kelas, tapi dia tak nak kutip, buat tak tau saja.
Banyak lagi yg akan muncul. Mampukah pakai kasut kiri-kiri terus mendudukui carta no1 atau akan ada lagi perkara yg tak masuk akai dibuat oleh LALA. Kita nantikan....

Tuesday, January 5, 2010

LELY pun masuk Tadika



Bukan saja LALA dah ke sekolah LELY juga dah mula ke Tadika...Time nak pi tu memang semangat...cuma nak bangun tido je yg liat sikit. Pastu tu tak leh pi tengok kat Tadika, sure nak ikut balik. Nangis... LELY sekolah kat ANGGUR UNGU...Tapi nampak LELY happy dengan kawan2 baru dia...

p/s baju tak dak saiz dah macam jubah..seluar kena lipat atas bawah...

LALA darjah Satu....






LALA secara rasminya memasuki alam persekolahan. LALA darjah SATU. Bermula hari orientasi pada 31/12, LALA cukup bersemangat nak ke sekolah. LALA juga kena daftar KAFA. Jadi pagi LALA ke Kelas KAFA petang ke sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Tak la sama dengan kakak dia, BILA yang sekolah sesi pagi. LALA kena la siap sendiri kat taska dia...kesian! LALA juga kena naik bas sendiri...

Yang bestnya bila tanya dia apa pun tak tau..nama cikgu apa?, Tak tau...kelas mana? tak tau...kawan nama apa? Tak tau....apa yang dia tau...tak tau la...Tak pa la, awai lagi...

Selamat Bersekolah LALA.....

Happy B'day LALA





Lepas Amirul, LALA pulak sambut birthday, yang KE ENAM tahun...macam biasa 3 Aiman la yang celebrate. Tapi kali ni agak meriah sebab Cik Am dgn Macik Reen 3 Aiman pun joint sama. Cuma lepas ni LALA akan memasuki alam persekolahan, darjah satu biarpun tak cukup lagi tujuh tahun. Tapi LALA peduli apa...

Lepas ni kita tengok LALA ke sekolah pulak.

Selamat Hari Jadi yang ke enam buat LALA semoga LALA menjadi anak yang baik..
kita makan KFC....

Amirul 1 Tahun...





Buah hati 3 aiman, Hamirul (ikut sebutan Lely) kini dah setahun. 3 Aiman meraikan birthday Amirul kat umah Cik Am. Rumah baru Cik Am. 3 Aiman beli hadiah sorang satu kat Amirul. Kek pulak cari punya cari daptkan la kek sempena Krismas. Maklumlah birthday Amirul time krismas...

Apa pun Selamat hari jadi buat Amirul dari Aiman&keluarga...