Wednesday, August 26, 2009

Sekadar Renungan


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun
tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


*Semoga Keluarga/sanak saudara ku sentiasa dilindungi Allah s.w.t. di bulan yang mulia ini dan seterusnya...

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Tiba Lagi...




Alhamdullilah kita diberi kesempatan sekali lagi untuk menjalani ibadah Puasa tahun ini. Syukur juga tahun ini LALA dah mula berpuasa. Biarpun hari pertama dok meracau mintak makan, tapi akhirnya berjaya juga menghabiskan puasa hari pertama. Hari ni dah masuk hari ketiga. Dah nampak OK dah. Bangun sahur je liat, tapi bila dah bangun makan tu boleh tahan jugak. Tabik buat LALA. Bagi BILA rasanya tak dak masalah dah. Cuma macam biasa time beli berbuka semuanya dia nak. LELY tukang sibuk la...dia pun bangun sahur jugak...
Apa pun Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk semua semoga puasa kita kali ini akan diterima oleh Allah s.w.t...amin

Sedikit

pedoman untuk kita ikuti.......

DI BULAN RAMADHAN'

SEJARAH RAMADHAN

* Ramadan: ertinya panas terik

* Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
* Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan.
* Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.
* Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.
* Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.
* Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)


Kelebihan Bulan Ramadhan

* Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
* Bulan penuh keberatan
* Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar
* Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
* Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya
* Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
* Bulan menambah rezeki
* Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
* Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
* 10 hari pertama adalah rahmat,
* 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah
* 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.