Thursday, November 27, 2008

Tok Mah ke Mekah Al Mukarramah






Alhamdulillah.....setelah pelbagai rintangan dan cubaan akhirnya Tok Mah selamat berangkat menunaikan ibadah Haji pada 24 Nov lalu. Penerbangan ke Mekah jam 1 pagi, 25 Nov. Meriah jugak la, semua mai....yang paling happy sure 3 aiman. Dapat jumpa sedara mara. Nak cuti tak leh lagi...Orang sibuk nak pi haji depa sempat lagi pi mandi kat Desa Water Park. Tak pa la sekali sekala...ramai2.
Sempat juga la buat kenduri doa selamat dan tahlil buat arwah Din kat umah 3 aiman..
Buat Tok Mah doa dari semua anak2 semoga selamat menjalani ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur. Insyaallah....
Tok Mah balik 5 Disember ni......

Thursday, November 20, 2008

Happy B'day Lely.....














Lely dah 2 tahun......biarpun sambut simple2 je...
yang pasti 2 kakak dia yang lebih2.
B'day Lely sambut kat umah Pak Chaq...
Happy Birthday buat Lely...

yeee.........

Tuesday, October 28, 2008

Al-Fatihah



Sapa tahu, ajal maut di tangan Allah. Seorang lagi saudara kita kembali ke Rahmatullah......dalam usia 38 tahun pastinya cukup mengejutkan. Kini lapan anak kehilangan kasih sayang seorang ayah. Buat kita yang masih diberi kesempatan bernyawa, INSAF lah. Ajal datang tiada kenal batas usia. Buat yang tinggal tabahkan hati, kuat iman untuk hadapi kehidupan mendatang.....


Al- Fatihah......

Pengalaman Terindah 2 Aiman


Pertama kali naik motor...tu dia punya la syok. Orang tak pernah naik motor. Masa raya kat rumah Pak Ngah Hin dia, dapatlah naik motor. Badrul bawak naik motor keliling kampung. Happy abis. Tak tau nak cakap. Sampai suruh bapak dia beli motor, tak mau naik keta dah.
Tu la orang tak pernah naik motor.....

Wednesday, October 8, 2008

3 aiman beraya sakan























Punya la raya sakan BILA, LALA, LELY. Dapat balik kampung pulak tuuu....nak cita pun susah lah...tengokla gambar2 yang ada..

Monday, September 22, 2008

2 Aiman pi Terawih



Ramadhan pun makin di penghujung. BILA memang nak pi terawih tapi kesian plak nampak letih terutama hari sekolah. Cuma bila time cuti memang dia pi. LALA mula-mula memang semangat nak pi terawih. Kena sembanyang lapan rakaat dah mula bercakap sendiri. Orang sembahyang dia dok asyik tanya kakak dia bila nak abis. Sujud pun dan macam meniarap. Apa lagi kakak sembahyang sambil gelak la. Pandai pulak dia komplen kakak dia gelak sambil sembahyang. Lepas tu dah tak mau pi dah. Tak pa la pelan-pelan. Semoga tahun depan cerdik la sikit si LALA ni.
Buat semua ampun dan maaf dari kami sekeluarga. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

3 aiman tak sabaq dah nak balik kampung

Tuesday, September 9, 2008

Berbuka ngan 3 Aiman


Syukur...Ramadhan Al-Mubarak datang lagi. Dulu posa berdua...pastu tu bertiga...berempat..lani berlima...berenam! dak kut. Alhamdulillah, BILA dah tak dak masalah nak posa. Cuma selera makannya saja mengalah tak makan sebulan. Pi pasar ramadhan tu, kalu boleh suma nak dibeli. LALA, tak tau nak cakap apa. Orang suruh posa, dia tanya, "Kuasa pa Kuasa". Sebut posa pun tak betoi lagi. Tapi time berbuka dia yang paling happy. Kalu suruh baca doa makan mau abis maghrib tak habis baca lagi. Kakak dia dah mengeretap, apa taknya buah kurma dok pegang start belum azan lagi. LELY, tak peduli apa satu. Suma dia nak makan. Time ni la selalu nak buat perangai. Apa pun semoga kehadiran Ramadhan kali ini akan menambahkan lagi keberkatan kami sekeluarga. Amin.

Monday, September 8, 2008